Selalu kita tengok cermin ikut mood, tapi kadang-kadang kita selalu tengok cermin sebab ada mood. Tetapi apa yang kita nampak hanya diri kita saja yang sentiasa kita rasa sempurna walaupun memang tidak sempurna sebab kita yakin. Walaupun kadang2 kita rasa pada hari itu kita tidak cantik, tetapi kita akan menatap cermin lama lama dan senyum pada cermin tuk meyakinkan diri, ya kita itu cantik. Tetapi kita tetap akan fikir kita tidak cantik selepas kita meninggalkan cermin itu. Itu mencerminkan sifat manusia yang tidak pernah merasa puas hati dan bersyukur atas apa yang diperolehinya.
Ada sedikit sebanyak perkara yang telah ku pelajari dalam perjalanan ku di sandakan, terutama sekali mengenali budi pekerti seseorang melalui pergaulan dan jangka masa pergaulan pada seseorang tidak boleh dijadikan kesimpulan tentang seseorang itu sebagai manusia yang berdosa, kita adalah berdosa untuk menilai dan mehakimi seseorang kerana kita pasti akan dihakimi di dunia akhirat. Apa yang menyedihkan adalah orang yang mempunyai kaya dalam pengetahuan tetapi miskin dalam budi pekerti serta akhlak. Mungkin itu adalah sebab cara mereka didik, pergaulan, dan pegangan prinsip hidup berasaskan agama. Ku akui ku bukanlah pakar dalam agama serta ku tidak layak menyatakan segala rintihan ini, namun, luahan isi hati ini harus tulis dalam blog ini walaupun agak membosankan dan ku tahu tidak ada sesiapa yang membaca. Hahaha. kalau ada yang terbaca tahan hati saja la.
Sebagai manusia yang pernah jatuh dalam lembah dosa, ku memohon pengampunan dari semua orang di dunia ini agar memaafkan kesalahan saya.