10.07 a.m.
27 Februari 2011
Kenapa? Satu soalan yang diutarakan dengan perkataan ini tidak akan mendapat jawapan yang dapat memuaskan. Sedangkan seseorang itu senantiasa mempersoalkan setiap kenyataan itu. Dalam alam percintaan tiada satu perkara yang pasti,kerana perasaan yang diluahkan hanya dengan kata-kata langsung tidak dapat meyakinkan seseorang yang pernah terluka dengan luahan perasaan yang penuh dusta. Mengapakah perkara ini akan berlaku kepada saya? Hanya pemikiran yang positif sahaja yang mampu menenangkan jiwa yang hancur luluh ini sementara waktu. Bila sampai waktunya, perasaan sakit itu akan datang kembali menusuk di kalbu apabila memori bersama dia datang kepada ku pada saat-saat saya sedang sembuh. Kesimpulannya, bila teraniaya cinta suci ini, tiada lagi ada harapan di antara kita berdua untuk berbaik semula karena engkau telah bunuh cinta suci ni.
Short monolog Written by: JYOO
No comments:
Post a Comment