18 February 2011

Tapak kaki perjalanan hidup saya

          Apa saja yg saya lakukan tidak mampu lagi membuat saya membakar semangat yang pernah berkobar-kobar pada satu masa lalu. Saya sungguh-sungguh hilang arah dan bercelaru fikiran saya dalam sebulan yang lalu. Namun begitu, saya akan cuba sedaya upaya untuk menghidupkannya semula. Akhirnya, saya menjumpai tujuan saya berada di sini  dalam dua hari yang lalu. Iaitu, belajar bersungguh-sungguh dalam akademik, kerohanian, pergaulan sosial, dan hidup bermasyarakat. Itu adalah keutamaan saya dan tujuaan saya berada di sini dan tujuan ibu bapa saya menghantar saya masuk ke Universiti Malaysia Sabah.
         Kekalahan merupakan ada permainan, saya telah mengalami banyak kekalahan dalam hidup. Namun begitu, satu kekalahan yang besar yang pernah alami membuat saya sangat kecewa dengan diri saya sendiri adalah kekalahan terhadap diri sendiri. Saya gagal untuk mengawal diri. Ini merupakan satu penyesalan yang terbesar dalam hidup saya. Kekalahan ini telah pun meninggalkan satu kesan luka yang teramat pedih di hati. Walaubagaimanapun, saya telah pun berusaha untuk mengubati luka ini sendiri dengan mengisi masa lapang saya dengan melakukan perkara yang membawa manfaat kepada diri saya. Contohnya, pergi ke perpustakaan untuk melakukan perkara yang betul.
Oleh: Josephine Yang Oren-oren 

1 comment:

  1. Begitulah liku-liku hidup saya dalam universiti yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam memori.

    ReplyDelete