27 February 2012

The Originals

Sunny Sunday,  8.04 p.m. , 27 Feb 2011                                                                                             
Saya pernah antisosial pada satu ketika 
Dahulu sebelum saya akil baligh lagi, 
Namun harus sampai bilakah saya patut 
Begitu? Saya suda bosan kehidupan kolej, 
Jadual masa penuh dengan kuliah dan aktiviti 
Kolej. Saya suda bosan dengan cinta monyet, 
Saya suda bosan dengan hidup tanpa irama,
Tanpa fokus, tanpa kekuatan. 
Saya telah lemah apabila dia
Meletakkan kekuasaannya ke atas saya, 
Dia meyelubungi diri saya,
Saya tidak gila, saya masih siuman, 
Saya perlukan masa untuk mengubati
Luka ini. Berilah saya kawan yang ramai,
Biar ikhlas atau tidak, biar jujur atau tidak, 
Berikan mereka kepada saya agar saya tidak kesunyian, 
Hidup menyendiri ini amat menyeksa batinku, 
Pemikiran saya mudah melencong 
Ke arah yang penuh kegelapan. 
Saya sungguh hipokrit, mengukir 
Senyuman yang tidak ikhlas, 
Berpura-pura peramah, kerana saya tidak ingin 
Dilabelkan sebagai sombong.
Jauh di satu sudut dalam lubuk hati ini, 
Sangat tertekan dengan pergaulan,
Tidak kira dengan perempuan ataupun lelaki, 
Kerana saya tidak  kenal keperibadian saya yang sebenar,
Sama ada apabila bersama dengan kawan-kawan,
Ataupun apabila tidak ada seorang pun yang melihat saya.

"Happiness resides not in posessions and not in gold; the feeling of happiness dwells in the soul" 
By Democritus 

"Who are you when nobody looking at you" The original


By: JYOO
Chasing the sun by the wanted

The wild one

No comments:

Post a Comment